Monday, May 11, 2009

Dengarnya... Transformasi atau konspirasi


MACAM-macam Cik Normah dengar mengenai cerita di sebalik tabir Akademi Fantasia musim ketujuh yang ikutkan hati Cik Normah sudah malas nak menontonnya. Macam-macam 'drama' yang disaksikan menjelang kemuncak pertandingan itu pada 16 Mei ini, termasuklah mewujudkan kembali AF Masuk yang dikatakan antara pakatan pihak Astro untuk memasukkan pelajar tertentu bersaing di peringkat akhir.

Letih Cik Normah dengan ‘adegan’ yang memualkan dan membosankan itu. Entah kat mana yang nak ditransformasikan pun Cik Normah tak tahu. Tetapi Cik Normah nak puji sikitlah kerana konsert kelapan yang berlangsung Sabtu lalu memang ‘meletup’ terutama persembahan pelajar bernama Hafiz. Rasanya macam tengok konsert American Idol pula.

Bagaimanapun, cerita terbaru di sebalik tabir produksi yang Cik Normah nak ceritakan adalah mengenai kisah yang dipaparkan dalam laman popular, YouTube yang menyiarkan kembali rakaman Diari AF7 versi INT.

Cik Normah malas nak bercerita mengenai kisah kebodohan dan kelemahan produksi itu. Cik Normah biarkan kawan sepejabat Cik Normah cari jawapan. Yang Cik Normah nak bercerita ialah mengenai kononnya wujud pakatan untuk memastikan salah seorang pelajar yang sudah tersingkir diserap semula bersaing ke peringkat akhir pada 16 Mei ini.

Ketika ini, kita semua sudah tahu siapa yang diserapkan kembali. Kalau betul kisah yang Cik Normah dengar sebelum ini dan jika betul pelajar tersingkir yang disebutkan itu masuk kembali ke AF7, mungkin ada kebenaran di sebalik kisah kononnya wujud ‘konspirasi’.

Kisah yang Cik Normah dengar ialah kononnya ada komposer yang sudah bersiap sedia menyiapkan lagu untuk pelajar itu. Kisah ini memang bukan ‘propa’ dan memang kalau pelajar terbabit yang diserapkan kembali, maka ada yang mendakwa kemasukannya kembali sudah dirancang dan undian AF Masuk hanya mengaburi mata. Tolonglah!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: