CIK Normah agak keliru dengan status sebenar dua insan yang terbabit dalam bidang seni ini. Apakah mungkin mereka sebenarnya sudah berkahwin masih sukar dirungkai apatah lagi mereka masih menafikan perkara terbabit.
Sebelum ini, kawan Cik Normah beritahu kalangan yang rapat dengan mereka pernah mengesahkan pasangan itu sebenarnya sudah berkahwin. Baru-baru ini, ada lagi pihak yang memberitahu kesahihan perkara itu. Tapi balik-balik empunya badan masih tidak mengaku.
Mengeluh panjang kawan Cik Normah yang sudah tak kuasa dengan sandiwara dua artis itu. Mungkin Tuhan masih memberi peluang untuk mereka kembali ke pangkal jalan gamaknya, namun mereka masih belum sedar diri.
Cik Normah tak berani nak cakap lebih-lebih, bimbang jatuh hukum memfitnah pula nanti. Cik Normah dididik supaya menjadi manusia yang berguna dan tidak mudah lupa diri. Ibu bapa Cik Normah selalu cakap jangan sombong, takbur dan menipu. Sekali menipu ia akan berbekas di hati orang yang ditipu itu. Entahlah, makan pengat sendiri mahu ingatlah.
Tak kuasa Cik Normah nak membebel tapi semakin hari, pasangan personaliti itu makin terbuka apatah lagi mereka ada komitmen kerja bersama. Biarlah, mungkin suatu hari nanti akan terjawab juga apa yang terselindung selama ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: