Wednesday, May 13, 2009

Dengarnya... Mawi rai ibu, mentua di JB



MAWI dan Ekin memberi ciuman kasih kepada ibu tersayang, Ramlah Sarlan.

CIK Normah pasti dalam dunia ini, pasti setiap daripada kita akan menyayangi dan menghargai ibu tercinta yang menjadi ratu hati kita. Dek kesibukan dengan kerja, Cik Normah hanya melepaskan rindu dan membuat ucapan Hari Ibu terhadap bonda tercinta menerusi satu panggilan telefon saja. Mendengar suaranya sudah membuatkan hati Cik Normah tenang apatah lagi kalau bertemu secara berdepan.

Terlanjur menyebut mengenai ibu, Cik Normah dapat tahu suami tersayang kepada Ekin turut mengambil kesempatan pulang ke Johor Bahru untuk meraikan hari yang cukup bermakna buat semua golongan ibu itu. Malah, bukan ibunya saja iaitu Ramlah Sarlan yang diraikan, ibu mentuanya, Fatimah Saad pun mendapat layanan yang sama.

Cik Normah kurang pasti apa yang Mawi kasi dekat ibu Ekin, tapi kalau dekat ibunya, Mawi difahamkan memberi sebuah tas tangan berjenama mewah. Paling menarik, Mawi memilih lokasi makanan segera yang menjadikan dirinya sendiri sebagai duta. Mesti semua dapat teka apa nama restoran itu kan?

Cik Normah tertanya-tanya, agaknya Ekin pula dapat hadiah apa. Biarpun belum ada rezeki bergelar ibu, Cik Normah yakin kasih sayang Mawi terhadap isterinya pasti membuatkan juara Akademi Fantasia musim ketiga itu tak lokek membelikan hadiah buat yang tercinta.

Macam Cik Normah ini pun, belum ada rezeki bergelar ibu tapi suami tersayang tetap meraikan Cik Normah sempena Hari Ibu tempoh hari dengan sebuah makan malam romantik. Tapi dekat rumah saja, jimat kos sikit. Maklumlah, ekonomi sekarang tidak menentu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: