Wednesday, May 27, 2009

Dengarnya... Kenapa Akhil Hayy mendiamkan diri?


DUA tiga hari ini kisah paling hangat yang ligat dibincangkan sudah tentulah berkisar kepada kisah cinta tiga segi antara Waheeda, Akhil Hayy dan Maizawati Zainal, isteri ustaz rockers tu.

Cik Normah tengok rakan-rakan sepejabat sekarang ini semuanya tak duduk diam. Sibuk memburu tiga insan yang kini menjadi perhatian masyarakat. Bagaimanapun kekusutan mereka terlerai apabila dua wanita yang dikatakan dekat dengan Akhil sudah pun bersuara.

Kedua-duanya berani tampil untuk meluahkan hati masing-masing

Sedikit sebanyak masyarakat tahu apa yang terbuku dalam hati dua wanita ini. Soal siapa betul, siapa salah, biarlah Cik Normah serahkan kepada pembaca yang tentukan.

Cuma yang menjadi persoalan sekarang kenapakah Akhil Hayy masih lagi terus bersembunyi? Memanglah ada orang berpendapat tindakan Akhil Hayy bijak sebab dia tak nak memperbesarkan hal berkenaan. Tetapi sebagai golongan wanita, Cik Normah anggap tindakan Akhil pengecut. Kalau Waheeda dan Maizawati berani tampil, kenapa Akhil sebagai seorang lelaki hendak menyorokkan diri pula.

Adakah Akhil Hayy malu kerana status dirinya sebagai pendakwa dan penyanyi lagu-lagu kerohanian dan keagamaan?

Bagi Cik Normah, Akhil hanya nak menyelamatkan dirinya sendiri apabila membiarkan Waheeda dan Maizawati saja bersuara. Malahan dia seorang-olah merelakan isterinya itu ‘berperang’ dengan Waheeda. Disebabkan Akhil masih suami Maizawati, dia sepatutnya tampil membela maruah isterinya. Sebagai sahabat baik kepada Waheeda pula, Akhil kenalah berani berterus terang dan mententeramkan keadaan.

Namun, tindakan Akhil mendiamkan diri boleh menyebabkan api yang menyala pada kedua wanita itu tambah membara apabila masing-masing sibuk buat kenyataan.

Bagi Cik Normah, tindakan Akhil sedikit sebanyak boleh merendahkan martabat golongan wanita. Cik Normah tidak boleh bayangkan sakit hatinya sebagai seorang wanita sedangkan dia pula bersenang-lenang di studio merakam lagu seolah-olah tidak ada apa yang berlaku ketika ini. Kepada Akhil, janganlah terus bersembunyi. Caranya itu boleh dianggap seolah-olah dia seorang pengecut. Kalau ‘gentleman’ tampillah buat pengakuan berani supaya orang tahu di mana letak duduk cerita sebenar. Orang kata berani kerana benar, takut kerana salah!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: