Wednesday, May 27, 2009

Dengarnya... Alahai... teruknya Mentor

Peserta Mentor.

MALAM minggu lalu tak ada apa-apa aktiviti, Cik Normah luangkan masa menonton Mentor sebab sudah dua tiga kali terlepas. Ingatkan Mentor bolehlah melepaskan tekanan setelah seminggu bekerja, rupa-rupanya apabila menonton Mentor, Cik Normah jadi lemah dan lemas.

erkedu Cik Normah melihat peserta-pesertanya yang semuanya ala-ala sedu sedan je apabila menyanyi. Kalau seorang peserta saja yang begitu, tak mengapalah. Ini boleh dikatakan ketiga-tiga peserta bersuara entah apa-apa atau dalam bahasa sekarang yang hado! Rasa macam nak tutup saja televisyen mendengar suara mereka yang langsung tak bersemangat tu.

Tapi mengenangkan tugas Cik Normah bersangkut paut dengan dunia hiburan maka terpaksalah Cik Normah tadah je telinga mendengarnya. Paling Cik Normah tak boleh nak tahan apabila mendengar suara protege Lah Ahmad, Fira yang menyanyi ikut melodi sendiri ketika berduet dengan protege dari kumpulan lain.

Cik Normah cuba juga nak meneka lagu apa tetapi selepas bahagian korus barulah Cik Normah dapat tangkap apa yang dinyanyikan. Cik Normah minta maaf kalau coretan ini agak keterlaluan tetapi Cik Normah tak mampu menanggung sesak di dada ketika menyaksikan persembahan semua peserta yang sendu.

Satu lagi Cik Normah nak tegur pasal pengacara. Bukan Cik Normah nak mempertikaikan kredibiliti Ally Iskandar tetapi Cik Normah tidak merasakan Ally ‘kena’ mengendalikan program hiburan. Salah satunya faktor umur yang dia bukan lagi remaja, ketika menyaksikan Ally mengendalikan Mentor, Cik Normah terbayangkan Malaysia Hari Ini pula sebab melihat penampilan Ally yang berkot. Nampak formal sangat.

Cik Normah harap tidak ada yang terasa hati sebab tujuan Cik Normah sekadar menegur dan menyampaikan rasa tidak puas hati yang diluahkan kawan-kawan pada Cik Normah.

2 comments:

  1. betol tuh !! saye sokong kata2 cik normah !! huhuhu.. ;p

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: