![]() Gambar bawah, Diana dan Zamarul bergelar suami isteri pada 16 Mei. |
BULAN ini nampaknya ramai selebriti yang memilih untuk menamatkan zaman bujang. Cik Normah tumpang gembira dengan langkah beberapa orang artis yang bakal ke gerbang perkahwinan tidak lama lagi. Diana Rafar dan Zamarul Hisham memilih 16 Mei sebagai tarikh penyatuan dua jiwa yang sudah lapan tahun memadu kasih dan cinta. Kahwin juga akhirnya mereka, syukurlah. Mereka akan berkahwin di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam, Selangor.
Nampaknya Cik Normah kena pasang badan lagi sebab nak melaram ke majlis perkahwinan mereka. Insya-Allah, kalau tiada aral melintang, Cik Normah akan singgah memberi restu. Selepas Diana dan Zamarul, minggu berikutnya pula giliran pelakon Emelda Rosmila dan cinta hatinya, Adlin Aman Ramlie. Emelda dan Adlin akan bernikah di Perak pada 22 Mei selepas waktu Asar diikuti majlis berinai pada sebelah malamnya. Keesokannya, mereka akan bersanding di sebuah dewan di sana.
Hujung minggu berikutnya yang bakal melabuhkan tirai bulan ini ialah Darling Ngasri dan tunangnya, Nur Azlin Rahmat. Pasangan ini dijangka bernikah pada 30 Mei dan keesokannya majlis persandingan untuk bakal pengantin perempuan. Tanggal 7 Jun pula majlis menyambut menantu diadakan pula.
Apa yang Cik Normah harapkan semoga apa yang sedang dirancang ini akan berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Jun nanti juga giliran penyampai radio Era, Nana dan bakal suaminya, Brian Vinesh Veeriah atau nama Islamnya, Mohamed Raqeem Brian. Tak silap Cik Normah, Nana dan suaminya akan bernikah pada 6 Jun depan.
Siapa lagi lepas ini agaknya yang bakal ke jinjang pelamin? Cik Normah tunggu saja dengan hati terbuka. Mendirikan masjid ini benda yang baik, tak elok juga berselindung kan? Yang Cik Normah keliru sekarang ini mengenai cerita cinta seorang aktor kacak yang kononnya sedang bercinta. Tapi sampai sekarang, habuk pun tak ada. Jangan membuat-buat cerita sudahlah demi mengaburi mata peminat. Entah-entah semuanya sebab cover line kot. Iyalah, orientasi seksnya pun masih diragui.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: