Tuesday, May 12, 2009

Bintang Kacak Bergaya mahu menyerlah

altAkhirnya juara sulung Pencarian Kacak Bergaya ditemui. Syed Khairul Syed Abdullah atau Roy Daniel, 27, memenangi pertandingan akhir yang diadakan di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada 9 Mei 2009. Tempat kedua jadi milik Mohd. Khairi Mansor atau Kimi, 24, manakala tempat ketiga milik pelakon baru Hairul Azreen Idris, 21.

Mohd. Halim Mohd. Shah atau Har Shah, 27, pula mendapat anugerah khas juri kerana penonjolan x-factor yang ketara. Kesemua mereka mendapat tiket penerbangan pergi balik tajaan Air Asia. Juara menerima RM3,000, naib juara RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000.

Kesemua mereka mahu menyerlah dalam peragaan dan lakonan selepas memegang gelaran tersebut. Mereka mahu mencipta nama yang lebih gemilang selepas ini.

"Saya tak sangka boleh memenangi pertandingan ini. Ia sebagai peniup semangat untuk saya lebih menyerlah," kata Roy yang juga pernah terlibat sebagai model sambilan sebelum ini.

altKhairi pula mahu serius dalam peragaan dan tidak mahu mensia-siakan peluang yang sudah datang di depan mata.

"Saya tak pernah terlibat dalam dunia seni ini, tapi pernah menyimpan hasrat untuk menceburinya. Saya rasa inilah sebagai titik permulaan saya melangkah dalam dunia peragaan," jelas Khairi pula.

Hairul Azreen juga mula mendapat perhatian pengarah drama selepas wajahnya menghiasi kolum Kacak Bergaya pertengahan tahun lalu. Kini Hairul mula mencipta nama. Terkini lakonannya dapat ditonton dalam drama Merah Putih.

"Saya main-main sahaja mencuba nasib untuk menyertai Pencarian Kacak Bergaya. Tak sangka saya sampai sejauh ini dan dapat tempat ketiga. Saya bersyukur dan berharap selepas ini akan lebih dapat perhatian," kata Hairul.

Pencarian Kacak Bergaya ditaja oleh Jamu Mak Dara serta Air Asia sebagai penaja bersama. Turut menaja Gedung Al-Habshee, Hing Yiap Group, Cuttery Hair & Beauty Saloon dan Dzull Declassique, Vogue At Work by Aleeza Kasim dan Saloma Bistro.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: