HUJUNG minggu lalu, Cik Normah hanya menghabiskan masa di rumah dengan suami tercinta. Sambil-sambil itu, Cik Normah tonton kembali siaran ulangan konsert final Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) yang melabuhkan tirainya Sabtu lalu.
Cik Normah tak kisahlah siapa nak menang pun tapi Cik Normah lihat yang paling ketara transformasinya ialah Akim. Dengan jelas kita dapat lihat perubahan Akim daripada tidak menyerlah sehingga mendapat perhatian.
Tak dinafikan Hafiz yang menyandang gelaran AF7 mempunyai mutu vokal yang baik. Tapi Cik Normah setuju kata pengkritik, Adlin Aman Ramlie, apa lagi yang Hafiz boleh tawarkan selepas ini. Mungkin terlalu awal untuk kita menjangkakan kejutan atau apa yang bakal dilakukan Hafiz. Lagipun Hafiz masih muda dan harapnya Astro Entertainment Sdn Bhd akan betul-betul memastikan hala tujunya.
Memang kalau nak dibandingkan dengan Aril dan Akim, wajah dan penampilan Hafiz kurang komersial. Cik Normah bukan nak bersikap bias, tapi percayalah kalau nak diukur daripada sudut komersial dan pelaris, Aril dan Akim yang akan menjadi pilihan.
Buktinya, baru beberapa hari konsert berakhir, Akim dan Aril pun terbang ke Indonesia kerana terbabit dengan produksi seberang. Cik Normah pun kurang pasti sama ada mereka terbabit dengan filem atau drama. Kalau tak silap, mereka akan berada di sana selama tiga bulan. Tapi Insya-Allah, peminat mereka di Malaysia jangan risau, mereka pasti akan pulang sesekali ada waktu terluang.
Yang paling Cik Normah kasihan ialah Yazid kerana dua lagu tugasan akhirnya, Kasidah Cinta dan Ya Pa Pa macam tangkap muat saja. Tapi okeylah, dapat tempat nombor empat, ada juga hadiah kamera dan wang tunai berbanding Isma.
Kasihan Isma yang selama 10 minggu bertungkus lumus, sanggup tinggalkan suami dan lima anak, alih-alih dapat trofi saja.
Astro pun satu, kenapa tak sediakan sagu hati atau hadiah sampingan dekat Isma. Hinggakan kawan sepejabat Cik Normah pernah mengusik nak kutip derma kilat untuk membelikan tiket penerbangan tambang murah ke mana-mana destinasi untuk Isma.
baguslah...
ReplyDeletediorang berdua memang berbakat...