Wednesday, May 20, 2009

Dengarnya...: Diana dapat tawaran Universiti Nottingham


CIK Normah diberitahu rakan sepejabat, pelakon Diana Danielle yang bakal menamatkan sesi Program Latihan Khidmat Negara di Kem Princess Haliza di Sepang awal Jun ini akan menyambung pengajian di dalam bidang asas bio sains di Universiti Nottingham yang mempunyai cawangan di Semenyeh, Selangor.

Insya-Allah, Danielle akan masuk untuk sesi kemasukan Julai ini selama setahun setengah. Tamat saja pengajian itu, Danielle akan sambung ke peringkat ijazah. Keputusan sama ada dia akan melanjutkan pengajian itu di Nottingham, United Kingdom atau cawangan di Malaysia masih belum dapat dipastikan.

Begitu juga dengan kursus yang bakal diambil, Danielle akan pertimbangkan sama ada untuk belajar bio sains atau psikologi. Semuanya bergantung kepada perkembangan dunia seni Danielle di Malaysia.

Cik Normah dan rakan sepejabat doakan Danielle akan terus sukses dengan cita-citanya. Nampaknya, hasrat ibunya, Norsiah Ramli untuk melihat Danielle jadi saintis akan menjadi kenyataan tak lama lagi.

2 comments:

Tinggalkan Komen Anda Sini: