![]() Barisan penyampai Era FM dan Skuad Perodua Era mengabdikan gambar di hadapan kenderaan baru mereka. |
Perodua Viva hadiah dalam cabutan nombor bertuah melalui Skuad Jejalah Era
TANGGAL 1 Ogos 1999 menjadi tarikh bersejarah buat stesen radio Era apabila menjadi stesen radio berbahasa Melayu pertama menubuhkan kru berkenderaan untuk mengembara ke seluruh negara bagi mempromosi stesen itu.
Sejak itu, Skuad Era sudah menjelajah ke serantau Semenanjung Malaysia untuk bertemu pendengar bersama penyampai radio popular mereka.
Jika dulu mereka digelar Skuad Perodua Era selepas itu Skuad Era Avanza dan bermula tahun ini, Era kembali menjalinkan kerjasama dengan Perodua bagi meneruskan Skuad Jelajah Era.
Tahun ini, Perodua bukan saja menjalinkan kerjasama bersama Era FM malah stesen radio berbahasa Cina, My FM turut diikat selama dua tahun.
Pengurus Rancangan Era, Nazri Noran berkata, peranan Skuad Era dan My FM lebih sekadar menjalankan aktiviti bersama pendengar di lokasi mereka dengan melakukan lintasan tiga kali sehari.
“Tahun ini kita bersyukur kerana Perodua menaja kenderaan mereka untuk kegunaan Skuad Era. Sebanyak enam buah Perodua MyVi diberikan kepada Era dan dua kenderaan untuk kegunaan Skuad My FM.
“Kenderaan ini akan digunakan skuad kita menjelajah ke serata negeri untuk membawa penyampai radio kita untuk didekati dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian skuad baru Era baru-baru ini.
Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Urusan AMP Radio Networks, Datuk Borhanuddin Osman dan Pengurus Besar Kanan Bahagian Pemasaran, Perodua Sales Sdn Bhd, Katsumi Yoshida.
Sementara itu, sempena sambutan ke-11 ulang tahun Era FM, pendengar berpeluang memiliki Perodua Viva edisi khas pada cabutan bertuah di setiap jelajah Era bersama Perodua.
Menurut Nazri, disamping berpeluang menemui pendengar di setiap lokasi jelajah, ia sebagai penghargaan kepada pendengar yang sentiasa menyokong stesen itu sejak 11 tahun yang lalu.
“Tahun ini kita memilih 11 lokasi jelajah Era sempena sambutan ke-11 stesen ini. Setiap lokasi jelajah, kami akan mengadakan persembahan bersama artis popular dan pengunjung berpeluang beramah mesra dengan mereka.
“Menariknya tahun ini, setiap lokasi jelajah kami, pengunjung yang hadir berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah. Pada setiap lokasi bermula di Kluang, Johor Bahru mereka yang memenangi cabutan bertuah berpeluang menaiki Perodua MyVi yang dipandu oleh penyampai kita atau artis untuk dihantar pulang ke rumah.
“Setiap lokasi jelajah ini juga kita akan menghimpun semua kupon cabutan bertuah ini untuk dibawa ke destinasi seterusnya dan mengumumkan pemenang perodua Viva pada destinasi terakhir iaitu di Lembah Klang pada 15 Ogos nanti.
“Sekiranya pengunjung berpeluang menghadiri ke-11destinasi kami bererti peluang untuk memiliki Perodua Viva sangat cerah,” katanya.
Lokasi Jelajah Era bersama Perodua
Tarikh Lokasi
23 Mei Sham Alam
30 Mei Pekan, Pahang
13 Jun Taiping, Perak
27 Jun Johor Bahru
4 Julai Sungai Petani, Kedah
11 Julai Kuala Terengganu, Terengganu
18 Julai Teluk Intan, Perak
25 Julai Pulau Pinang
8 Ogos Melaka
15 Ogos Lembah Klang

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: