Friday, May 1, 2009

Dengarnya...: Ainul Aishah sertai Aquilla Emas


HUJUNG minggu ini, Cik Normah dan rakan sepejabat perlu menyiapkan banyak tugasan termasuklah pertandingan akhir One In A Million (OIAM) musim ketiga, konsert mingguan Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Anugerah Industri Muzik (AIM16) dan Bintang RTM serta banyak lagi. Orang kata memang tak menang tangan memenuhi undangan pihak stesen TV.

Tapi macam biasa Cik Normah tak ketinggalan menyajikan cerita menarik untuk diisi di dalam ruangan ini. Cerita yang Cik Normah nak kongsi ini mengenai pelakon muda, Ainul Aishah yang khabarnya bakal menyertai syarikat pengurusan Aquilla Emas.

Kalau tak silap Cik Normah pelakon drama Renjis di Astro Prima iaitu Syed Ali pun sedang berkira-kira membuat keputusan untuk mengikut jejak langkah Ainul.

Cik Normah harap apa juga tindakan yang mereka akan buat disusuli dengan pertimbangan baik dan buruk. Syarikat pengurusan itu pun bukan asing lagi dalam menguruskan artis seperti Zizan Nin, Airis Yasmin, Betty Banafe dan ramai lagi. Semoga apa yang direncana Ainul boleh mendatangkan hasil kepadanya dan syarikat itu.

Sebut mengenai Ainul Aishah, Cik Normah tengok bukan main ‘gedik’ lagi dia sekarang ini. Jangan salah sangka pula, Cik Normah maksudkan itu hanyalah berdasarkan tingkah lakunya menerusi watak June dalam drama Merah Puteh yang sedang disiarkan oleh sebuah stesen TV. Rezeki pelakon itu semakin murah kebelakangan ini kerana tawaran berlakon tak pernah putus.

Baguslah, Cik Normah dapat tahu juga, Ainul turut mempunyai bakat dalam nyanyian dan khabarnya dalam diam sedang merancang untuk menghasilkan single. Harapnya, Ainul tak sekadar mengikut perubahan pelakon sekarang yang nak jadi penyanyi. Bukan nak patahkan semangat mereka, tapi kalau yakin bakat tak seberapa dalam nyanyian, lebih baik berlakon sajalah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: