Friday, May 1, 2009

Dengarnya...: Cari ketenangan di tempat salah


SEDIH juga Cik Normah apabila mendapat tahu kisah mengenai kedukaan seorang aktres cantik baru-baru ini. Sebagai wanita, Cik Normah pun tak dapat menahan air mata daripada terus tertumpah apabila mendapat tahu khabar duka mengenai aktres itu. Cik Normah tak mahu bagi gambaran terperinci apa yang terjadi kepada aktres itu kerana tidak mahu membuka aib.

Cuma yang mencalarkan perasaan Cik Normah kembali apabila mendapat tahu aktres itu sebenarnya yang merosakkan dirinya sendiri hingga terjadi kejadian tak diingini kepada dirinya.

Kawan Cik Normah beritahu aktres itu masih aktif ke kelab malam sedangkan dirinya lebih molek duduk di rumah. Cik Normah bukanlah seorang antisosial dan berfikiran negatif apabila menyebut kelab malam, tetapi bagi Cik Normah mungkin aktres itu terlebih aktif sampai lupa diri hingga mengundang musibah kepada dirinya.

Iyalah, banyak lagi tempat yang lebih elok untuk mententeramkan perasaan yang berserabut. Bila datang ke tempat seperti kelab malam, ia boleh menimbulkan macam-macam andaian walaupun aktres itu tidak buat apa-apa pun.

Paling mengharukan kawan Cik Normah beritahu kawan baik kepada aktres itu pun boleh selamba cakap, sesuailah apa yang terjadi kepada dirinya. Dalam erti kata lain, aktres itu sebenarnya tidak sayangkan dirinya hingga terjadinya perkara yang cukup berbekas di hatinya.

Cik Normah tidaklah berniat nak berteka-teki atau tidak memberikan gambaran yang jelas mengenai apa yang terjadi kepada diri aktres itu. Cuma, kalau cakap perkara sebenar, ramailah yang boleh teka siapa aktres yang dimaksudkan itu.

Apa-apa pun, Cik Normah harap aktres itu akan terus tabah menjalani kehidupan mendatang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: