Saturday, May 23, 2009

Chace ganti Zac


CHACE CRAWFORD


SAH! Pelakon kacak siri televisyen Gossip Girl, Chace Crawford akan menggantikan tempat Zac Efron untuk memegang watak utama dalam filem pembikinan semula (remake) Footloose yang cukup popular pada tahun 1984.

Sebelum ini heboh diperkatakan bahawa Zac yang juga merupakan pelakon siri filem High School Musical akan berlakon dalam filem berkenaan.

Namun begitu Zac menolaknya dengan alasan dia mahu mencuba genre filem yang lain kerana tidak mahu asyik terikat dengan filem muzikal.

Bermula detik itu, pelbagai spekulasi yang timbul tentang aktor yang bakal membawa watak Ren McCormack yang dibawakan oleh Kevin Bacon dalam filem asalnya.

Semuanya terlerai apabila Crawford mengesahkan bahawa dia sudah pun bersetuju untuk membawakan watak utama dalam filem berkenaan.

Selain Bacon, filem berkenaan yang dicalonkan dalam dua kategori pada Oscar 1985 turut dibintangi Sarah Jessica Parker, Dianne Weist, John Lithgow dan Chris Penn.

Footloose versi baru akan diarahkan oleh Kenny Ortega yang sebelum ini mengarahkan siri filem High School Musical.

Jika semuanya berjalan lancar, Footloose akan menjalani penggambaran pada Mac tahun depan.

Selain sibuk di lokasi musim terbaru Gossip Girl, Crawford juga sibuk dengan penggambaran filem terbarunya, Twelve bersama penyanyi rap, 50 Cent.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: