Friday, May 22, 2009

Fida ditipu anggota kumpulan nasyid?

PEMENANG Pencarian Gadis Pantene yang mempunyai muka mirip Datuk Siti Nurhaliza, Rafidah Ibrahim, 23, yang memulakan kerjaya seninya sebagai pengacara kini memberanikan diri mencuba nasib sebagai pelakon pula. Dia merupakan antara pelakon yang membintangi drama bersiri terbaru terbitan Mig Beats Sdn Bhd untuk TV3, E-Toyol.com yang diarahkan oleh pengarah muda, Abdul Azizi Awang Ghazali.

“Semuanya bermula kira-kira bulan lepas apabila salah seorang pekerja David Teo melihat gambar saya semasa mengacarakan program Jom Heboh. Dia kemudian berjumpa saya dan memberikan tawaran untuk saya menjadi artis residen Metrowealth.

“Saya bersetuju untuk menandatangani kontrak kerana MIG boleh ‘give and take’ dengan jadual saya. Lagipun mereka mengutamakan keperluan artis,” ujar Fida yang membawa watak Ustazah Sarah dalam E-Toyol. Sebagai seorang Muslimah bertudung, Fida menganggap tudung bukanlah halangan buatnya menjayakan lakonan. Apatah lagi pada masa sekarang, banyak peluang untuk menjiwai watak yang sesuai.



Minat menyanyi

Menurut gadis ayu ini, dia sebenarnya bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi. Malah dia pernah mencuba nasib dalam program realiti Akademi Fantasia bersama teman karibnya, tetapi nasib tidak menyebelahi.

“Saya berhasrat untuk menjadi seorang penyanyi suatu hari nanti. Tapi buat masa sekarang saya banyak dapat ‘job’ untuk bidang peragaan dan pengacara. Dengan kombinasi peragaan, pengacara dan lakonan ia pasti memberikan saya kelebihan dan keyakinan bila berpeluang menjadi penyanyi kelak,” katanya.

Sebagai orang baru dalam industri hiburan, Fida turut menceritakan pengalamannya ditipu oleh salah seorang ahli kumpulan nasyid yang pernah berjanji untuk membuat album solonya.

“Masa itu saya berasa kecewa tapi bila keluarga dan teman rapat memberikan nasihat saya menerimanya sebagai sesuatu yang positif. Album yang dijanjikan orang itu, katanya tunggu proses rakaman sahaja. Tapi saya tak salahkan dia kerana mungkin rezeki saya belum sampai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: