![]() |
| JESSICA BIEL |
DEMI memastikan dirinya mampu memberikan persembahan hebat dalam pementasan teater muzikal terkenal Guys & Dolls, Jessica Biel telah memasuki kelas nyanyian dalam diam.
Ini kerana katanya, dia begitu teruja dengan teater muzikal itu yang disifatkannya mampu memberikan dimensi baru dalam karier seninya sebagai seorang aktres.
Bekas pelakon siri televisyen 7th Heaven itu akan membawakan watak Sister Sarah dalam pementasan yang dijangka berlangsung di Hollywood Bowl, Los Angeles bulan depan.
"Memang benar saya telah mendaftarkan diri untuk kelas nyanyian dan telah mempelajari selok-belok menyanyi menerusi lagu-lagu yang akan disampaikan dalam pementasan ini.
"Bukan itu sahaja, saya perlu mempelajari segala-galanya kerana kami semua hanya mempunyai 10 hari sahaja untuk berlatih sebelum beraksi di atas pentas," jelas Biel yang juga kekasih kepada penyanyi pop terkemuka, Justin Timberlake.
Dalam pada itu, peminat Biel akan dapat menyaksikan lakonannya di layar perak menerusi beberapa buah filem terbarunya yang akan ditayangkan sebelum hujung tahun ini iaitu Powder Blue, Nailed dan Planet 51.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: