Wednesday, May 27, 2009

Budak 2 tahun main pool


O'DELL bermain pool dengan berdiri di atas sebuah kerusi di Restoran Patricia's, Johnston, New York pada 12 Mei lalu.



O'DELL


NEW YORK - Umurnya baru mencecah dua tahun dan memakai lampin namun seorang kanak-kanak, Keith O'Dell Jr. sudah mampu bermain pool dengan baik, lapor sebuah akhbar semalam.

Klip video yang menunjukkan O'Dell turut dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube.

Sebuah laman web www.poolprodigy.com turut diwujudkan khas untuknya.

O'Dell bermain di meja pool meja bersaiz standard tetapi dia terpaksa menggunakan kerusi ketika bermain.

Ahli termuda Persatuan Pool Amerika Syarikat (APA) tersebut mula bermain pool ketika masih kecil dengan asuhan ibu bapanya yang meminati sukan tersebut.

Menurut ibu bapanya, O'Dell yang pernah menunjukkan bakat di Las Vegas turut mempunyai keupayaan belajar selain mampu bermain biliard.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: