| SEMPENA Zoom! Malaysia Travel Fair 2009 yang akan berlangsung di pusat beli-belah East Coast, Kuantan, Pahang pada 22 hingga 25 Mei ini, persembahan artis popular turut diadakan untuk menarik perhatian ramai. |
SEMPENA Zoom! Malaysia Travel Fair 2009 yang akan berlangsung di pusat beli-belah East Coast, Kuantan, Pahang pada 22 hingga 25 Mei ini, persembahan artis popular turut diadakan untuk menarik perhatian ramai.
Karnival bertujuan mempromosikan kepada umum destinasi pelancongan melalui kempen Pelancongan Domestik Zoom! Malaysia diserikan dengan persembahan Jamal Abdillah, Stacy, Mila, Bunkface, Farah AF, Saleem, Along, Tomok dan Angah (Raja Lawak), Ifa Raziah, Helmi The Gimmik dan Roslan Shah.
Persembahan artis dari 22 hingga 24 Mei dan mereka akan sentiasa di lokasi untuk bertemu dan bermesra dengan peminat. Selain persembahan artis turut diadakan pelbagai aktiviti lain termasuk pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sudut juruhebah, kuiz pelancongan dan cabutan betuah yang menyediakan hadiah cukup menarik.
Ketua Jawatankuasa Penganjur, Azhari Haron berkata, karnival itu diadakan untuk memperkenalkan kepada masyarakat destinasi pelancongan yang terdapat dalam negara.
"Kempen Pelancongan Domestik Zoom! Malaysia ini juga untuk memudahkan semua lapisan masyarakat untuk membeli pakej pelancongan domestik dengan harga menarik.
"Serta membuka peluang perniagaan kepada pengusaha pelancongan yang akan dinegara ini untuk memasarkan pakej pelancongan domestik nuntuk perkembangan ekonomi dalam sector pelancongan," katanya.
Kehadiran artis popular itu jelasnya, dapat memeriahkan lagi acara yang buat julung kalinya diadakan di negeri Pantai Timur ini.
"Artis bukan saja akan menghibur pengunjung tetapi akan berkongsi pengalaman mereka mengunjungi tempat menarik dalam negara sesuai kempen pelancongan domestik yang diadakan pihak kerajaan," katanya.
Travel Fair ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam selama tiga hari berturut-turut. Majlis perasmian dijangka akan dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pada 22 Mei, pukul 5 petang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: