| SEJURUS berakhirnya konsert akhir AF7 yang dibanjiri lebih 10,000 penonton di Stadium Putra, Bukit Jalil, Sabtu lalu, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul turut mengumumkan kedudukan pelajar dengan jumlah statistik undian diterima. |
Katanya, jurang besar undian antara juara dan naib juara sebanyak 24 peratus menunjukkan penonton sebulat suara memilih Hafiz sebagai juara musim ini.
"Jumlah undian meningkat 45 peratus daripada musim sebelumnya dan ini menandakan program AF masih relevan untuk penonton. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina atas sumbangannya yang cukup besar.
"Dia berusaha keras bersama tenaga pengajar yang lain dan hasil titik peluhnya mencipta satu musim yang luar biasa hingga terasa hasil daripada transformasi yang dikatakan," katanya.
Sementara itu, Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah berkata, pihaknya berbangga dengan rating dicatat AF7 dalam konsert mingguan serta final, membuatkan program ini terus bertahan dan kekal sebagai program hiburan nombor satu tempatan.
"Tahniah kepada Hafiz atas kejayaan begitu juga semua pelajar yang beraksi malam ini kerana memberi persembahan cukup hebat. Kami cukup berbangga dengan pencapaian tahun ini, walaupun timbul beberapa kontroversi apabila AFMasuk diadakan, namun AF terus menarik perhatian penonton.
"Dalam pada orang mempertikaikan AF sudah tidak relevan kepada penonton, AF7 membuktikan sebaliknya dengan peningkatan undian yang cukup besar dari tahun sebelumnya.
"Walaupun jumlah undian belum berjaya mengatasi AF2, tapi ini sudah cukup membayangkan AF8 patut diteruskan. Sebagaimana sebelumnya, Astro akan menyediakan platform untuk mengetengahkan bintang kami dalam apa juga cabang seni, nyanyian, lakonan, pengacaraan dan penyampai radio," katanya.
Bagi Tiara pula, dia cukup berbangga dengan pencapaian kelima pelajar yang berjaya ke final. Akuinya, kemampuan dan kesungguhan mereka melakukan persembahan di pentas benar-benar memberi inspirasi kepadanya.
"Terima kasih juga kepada semua tenaga pengajar yang bertungkus-lumus membantu saya menjadikan transformasi AF7 ini satu kenyataan. Mereka amat bekerja keras walaupun kamera sudah ditutup, tetapi sebenarnya mereka masih bekerja hingga lewat malam.
| |
"Saya gembira dapat menyertai pasukan hebat ini. Pelajar yang mengalami transformasi mendadak tentunya peserta 'underdog' Akim yang tidak begitu menyerlah, tetapi malam ini menawarkan persembahan cemerlang.
| |
"Yazid yang dikatakan gagap, pemalu dan kaku sudah boleh mengatasi Isma. Sudah pasti, Isma daripada seorang ibu beranak lima berubah menjadi wanita 'hot' serta bakal penghibur yang hebat dan mempunyai masa depan cerah.
"Manakala Hafiz dan Aril dari awal lagi dilihat sudah menyerlah, tinggal lagi bakat mereka harus digilap dari penghibur yang baik kepada hebat," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: