Wednesday, July 29, 2009

Sekat peguam wakili syarikat


KERAJAAN percaya hak individu akan lebih terbela jika syarikat tidak dibenarkan melantik peguam dalam perbicaraan TTPM - Gambar hiasan.


PUTRAJAYA - Kerajaan bercadang meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan tujuan tidak membenarkan syarikat selaku penentang diwakili peguam bagi kes yang dibicarakan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Rasional pindaan itu dibuat bagi memastikan kedua-dua pihak iaitu penuntut dan penentang dapat memperjuangkan kes masing-masing dengan adil.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, apabila syarikat menggunakan peguam, ramai individu selaku penuntut yang membawa kes di TTPM merungut kerana mereka tidak berkemampuan melantik peguam handal.

"Kadang kala pengguna mempersoalkan jumlah tuntutan mereka hanyalah RM200 tetapi penentang menggunakan peguam.

"Kita mahu beri keadilan kepada kedua-dua pihak,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 kepada 233 kakitangan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: