RIHANNA dan bekas kekasihnya Chris Brown dilaporkan meluangkan masa bersama di sebuah hotel di New York hujung minggu lepas.
Sebelum ini, Chris Brown dihalang mendekati Rihanna dalam satu perintah yang dikeluarkan mahkamah selepas Chris mengaku bersalah mencederakan Rihanna februari lepas.
Mereka berdua diketahui tinggal di hotel yang sama iaitu di Manhattan Trump International Hotel.
Menurut laporan sebuah akhbar Rihana dan Chris merahsiahkan aktiviti hujung minggu mereka di hotel itu daripada pengetahuan umum.
"Mereka berdua tinggal di sebuah hotel yang sama di New York tapi tidak mahu diketahui orang ramai," lapor akbhar itu.
Rihanna dan Chris mengunakan kenderaan 'umpan' untuk mengalihkan perhatian wartawan dan jurugambar supaya tidak berjumpa dengan mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: