Wednesday, July 1, 2009

Jackson tertarik watak ahli muzik dalam 'Phantom of The Opera'

Phantom of The Opera.

'THEATRE impresario' Sir Andrew Lloyd Webber mendedahkan hasrat Michael Jackson yang ingin membintangi versi filem 'Phantom of The Opera' sebelum ini, tetapi tidak kesampaian sekarang.

Selepas menonton persembahan muzikal 'Phantom of The Opera' yang julung kali diadakan pada 1988, Raja Pop (Jackson) itu dikhabarkan telah berbincang dengan Lloyd mengenai keinginan berkobar-kobarnya itu.

Bagaimanapun, Lloyd Webber tidak dapat merealisasikan cita-cita Jackson pada masa itu kerana dia tidak bersedia untuk membuat filem.

Apabila Lloyd bersedia membuat filem itu pada 2004, dia membariskan Gerard Butler pula.

"Cerita itu menyentuh perasaannya (Jackson). Saya rasa dia mempunyai perkaitan dengan watak ahli muzik yang keseorangan dan sengsara itu.

"Dia tertarik oleh watak yang terlibat dalam bidang muzik dan melamun memikirkan seorang gadis - dan dia suka terdapat ilusi dalam persembahan itu," kata Lloyd.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: