Wednesday, July 1, 2009

Jackson sempat habiskan penggambaran video 'The Dome Project'

Satu mesej yang ditinggal peminat Raja Pop di luar rumah sewanya di Holmby Hills selepas kematian mengejutnya di Los Angeles pada 29 Jun, 2009.

DUA minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir, Michael Jackson sempat menghabiskan penggambaran video bertajuk "The Dome Project".

Video tersebut kini dilihat sebagai hasil produksi terakhir Raja Pop tersebut, menurut laporan media.

Jackon sebenarnya ingin mempesona para penonton konsertnya di London dengan sedutan video itu melatari persembahannya di atas pentas.

Imej tiga dimensi (3D) itu dicadangkan dipancar di belakang Jackson.

"Ini adalah usaha yang akan mendatangkan hasil menakjubkan," kata Vince Pace yang mana syarikatnya menyediakan kamera untuk penggambaran.

Pace turut menghasilkan sistem 3D itu bersama pembikin filem, James Cameron.

"Tapi memikirkan Michael telah pergi selama-lamanya, ini bermakna rakaman 'The Dome Project' itu adalah yang terakhir dibuatnya," kata Pace.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: