SUBANG JAYA - Sekumpulan 15 pekerja satu sindiket cetak rompak ditangkap ketika mereka leka membungkus kira-kira 200,000 keping cakera video digital (DVD) haram dalam serbuan di Taman Sri Serdang di sini malam kelmarin.
Kesemua pita DVD itu termasuk filem box-office yang masih ditayangkan seperti Terminator The Salvation dan Transformers - The Revenge of the Fallen yang dianggarkan bernilai RM2 juta dipercayai untuk pasaran Lembah Klang serta beberapa negeri lain.
Gudang itu asalnya bengkel kereta dan dijadikan pusat operasi sindiket terbabit sejak dua bulan lalu.
Bagaimanapun, mereka hanya sempat beroperasi dalam diam selama sebulan selepas anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya membuat intipan sejak sebulan lalu hasil maklumat awam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: