Wednesday, July 1, 2009

ASN2 agih pendapatan 5.2 sen


EKSEKUTIF Jabatan Komunikasi Korporat PNB, Marina Ramli menunjukkan poster agihan pendapatan ASN 2 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd (ASN), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.20 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2009.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata, pengagihan pendapatan itu melibatkan pembayaran berjumlah RM11.67 juta dan akan memberi manfaat kepada 10,962 pemegang saham yang secara bergabung memiliki 224.34 juta unit ASN2.

“Berdasarkan nilai aset bersih dana pada 29 Jun 2009 sebanyak RM0.9630, pembayaran pengagihan pendapatan ini bersamaan dengan hasil sebanyak 5.71 peratus,” katanya pada pengumuman pengagihan pendapatan itu di sini semalam.

Ahmad Sarji berkata, krisis kewangan dan ekonomi global menjejaskan prestasi bursa tempatan dan seterusnya ASN2.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: