Tuesday, January 10, 2017

Penganjur Golden Globes 2017 Salah Eja Nama John Legend




John Legend bersama isterinya, Chrissy Teigen.
PENYANYI John Legend yang turut hadir bersama isterinya Chrissy Teigen pada acara anugerah Golden Globe 2017  yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad lalu melalui satu pengalaman yang tidak akan dilupakannya.

Penyanyi lagu All of Me itu ditertawakan isterinya dengan memuat naik di Twitter gambar John yang kecewa apabila terdapat kesalahan ejaan pada namanya iaitu 'John Ledgend'.


Perkara tersebut turut menerima reaksi positif dan negatif netizen yang menganggap pasangan itu berjenaka.

Penyanyi itu hadir sebagai salah seorang penerbit eksekutif dan pelakon dalam filem La La Land.
Filem itu turut menerima tujuh trofi dan memecah rekod Golden Globe sebagai karya yang membolot kemenangan terbanyak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: