Tuesday, January 10, 2017

'La La Land' Bolot Tujuh Anugerah Golden Globe 2017




La La Land menang besar.
FILEM muzikal La La Land meraih tujuh anugerah di Anugerah Golden Globe 2017 yang sedang berlangsung pada Ahad (waktu tempatan) di Beverly Hilton Hotel, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Filem berkenaan diumumkan memenangi kategori Pelakon Lelaki Dalam Muzikal/ Komedi Terbaik yang menjadi milik Ryan Gosling, Pelakon Wanita Dalam Muzikal/Komedi Terbaik dimenangi Emma Stone dan Pengarah Terbaik pula milik Damien Chazelle.

Manakala anugerah lain yang turut dibolot filem itu ialah Gambar Terbaik, Skor Asal Terbaik, Lagu Asal Terbaik (Justin Hurwitz), dan Lakon Layar Terbaik (Damian Chazelle).

Filem tersebut memenangi kesemua anugerah yang dicalonkan pada acara berkenaan.
Ryan Gosling (kiri) dan Emma Stone bersama trofi kemenangan masing-masing.

Ryan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih terhadap orang yang memberi kepercayaan kepadanya untuk berlakon dalam filem muzikal berkenaan.

Dia turut berterima kasih kepada isterinya Eva Mendes yang banyak memberi sokongan kepadanya selama ini.

Anugerah berpretij itu merupakan kali ke-74 yang dianjurkan oleh Hollywood Foreign Press Association (HFPA).

Pelawak terkenal Jimmy Fallon bertanggungjawab mengendalikan acara penghargaan filem tersebut.

Sementara itu, aktres Meryl Streep menerima anugerah Cecil B DeMille atas prestasinya sepanjang berkecimpung selama 46 tahun industri hiburan Hollywood.

 
Berikut ialah senarai pemenang Anugerah Golden Globe 2017
Gambar Terbaik - DramaMoonlight

Gambar Terbaik - Muzikal/KomediLa La Land

Persembahan Terbaik Pelakon Wanita - DramaIsabelle Huppert - "Elle"

Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki - DramaCasey Affleck - "Manchester by the Sea" 
Pelakon Lelaki Terbaik - Muzikal/komediRyan Gosling - "La La Land"

Pelakon Terbaik Wanita -Muzikal/KomediEmma Stone - "La La Land"

Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikAaron Taylor-Johnson - "Nocturnal Animals" 
Pelakon Pembantu Wanita TerbaikViola Davis - "Fences" 
Filem Animasi Terbaik"Zootopia" 
Pengarah TerbaikDamien Chazelle - "La La Land"

Lakon Layar TerbaikDamien Chazelle - "La La Land"

Skor Asal Terbaik"La La Land"

Lagu Asal Terbaik"City of Stars" - "La La Land"

Filem Luar Negara Terbaik"Elle" - (France) 
Kategori TV

Drama TV Terbaik

"The Crown"

Pelakon TV Lelaki TerbaikBilly Bob Thornton - "Goliath"

Pelakon TV Wanita Terbaik
Claire Foy - "The Crown" 
Drama Siri Terbaik

"Atlanta"

Pelakon Lelaki Terbaik - TV Siri (Muzikal/komedi)

Donald Glover - "Atlanta"

Pelakon Wanita Terbaik - TV Siri (Muzikal/Komedi)

Tracee Ellis Ross -"black-ish"

Gambar Terbaik - TV

Simpson: American Crime Story"

Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Drama TV

Tom Hiddleston - "The Night Manager"

Pelakon Wanita Terbaik Dalam Drama TV

Olivia Colman - "The Night Manager"

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dalam Drama 

Hugh Laurie - "The Night Manager"

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dalam Drama

Sarah Paulson - "The People v. O.J. Simpson: American Crime Story"

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: