SYARIKAT dari Finland, HMD  Global yang memiliki hak menggunakan jenama Nokia untuk telefon mudah alih mengumumkan telefon pintar pertama yang mensasarkan pengguna China dengan harga 1,699 yuan (RM1,096).
Pelancaran ini menandakan telefon pintar baru yang pertama membawa nama telefon bimbit ikonik sejak 2014 apabila Nokia Oyj (NOKIA.HE) memilih untuk menjual keseluruhan unit telefon bimbit kepada Microsoft (MSFT.O).
Peranti baru, Nokia 6, beroperasi dengan (GOOGL.O) platform Android Google dan dihasilkan oleh Foxconn (2354.TW).
Ia akan dijual secara eksklusif di China melalui peruncit dalam talian JD.com (JD.O), kata HMD.
"Keputusan HMD untuk melancarkan telefon pintar pertama Android ke China adalah mencerminkan keinginan untuk memenuhi keperluan pengguna dunia sebenar dalam pasaran yang berbeza di seluruh dunia.
"Ia merupakan pasaran strategik yang penting," kata HMD dalam satu kenyataan.
Nokia pernah menjadi pembuat telefon bimbit yang dominan di dunia tetapi terlepas peralihan kepada telefon pintar, dan kemudian memilih sistem operasi Microsoft Windows untuk rangkaian "Lumia".
Selepas perjanjian itu 2014, Microsoft menjual telefon asas lebih murah dibawah nama Nokia dan telefon pintar Lumia dengan namanya sendiri, namun tahun lalu kedua-dua perniagaan itu tidak berjaya.
HMD pada Disember mengambil alih perniagaan telefon bimbit Nokia dan membuat perjanjian pelesenan yang memberikan penggunaan tunggal jenama Nokia pada semua telefon dan tablert untuk dekad akan datang.
Nokia akan diberi royalti untuk jenama dan paten namun tidak mempunyai pelaburan lansung dalam HMD.
Nokia OYJ kini memberi tumpuan kepada perniagaan peralatan rangkaian telekomunikasi dan peten teknologi.