Seperti dipetik Koreaboo, Choa berkata, kenyataan Seolhyun bahawa pendapatanya dibahagi sama rata dengan ahli yang lain sehingga masih belum mampu membeli rumah telah disalah faham oleh netizen.
"Ia adalah salah faham dan kami tidak makan duit Seolhyun, pembahagian adalah hasil pendapatan muzik kami bersama sahaja," ujarnya dalam sebuah wawancara radio pada Jumaat.
Katanya, pendapatan yang diterima oleh ahli kumpulan itu adalah hasil kerjaya mereka bersama dalam bidang muzik sahaja.
Bagaimanapun, netizen beranggapan pihak pengurusannya FNC Entertainment telah membuat pemotongan kepada pendapatan wanita itu terlalu banyak untuk kepentingan syarikat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: