Faezah, 33, berkata, pangalaman mengandung cahaya mata kedua ini lebih sukar apabila dia mengalami alahan yang teruk sepanjang usia kandungannya yang kini memasuki bulan keenam.
"Saya dapat tahu yang saya mengandung selepas dua bulan ketika itu penghujung penggambaran drama Wadi yang kini sedang ditayangkan di TV3.
"Selepas tamat drama itu saya terus berehat dan keadaan kesihatan saya memang agak teruk ketika mengandung kali ini. Badan terlalu lemah dan tidak boleh banyak bergerak.
"Bukan berlakon sahaja, undangan majlis hiburan pun saya tidak dapat datang," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.
Faezah Elai tunda rancangan lancar koleksi tudung dan kosmetik kerana hamil.- gambar Instagram.
Selain itu, kata Faezah, dia juga terpaksa menangguhkan rancangannya untuk melancarkan koleksi tudung jenamanya Faizah Elai Hijab dan produk kosmetik Pures by Faizah Elai.
Bagaimanapun, katanya, pelancaran tersebut akan dilakukan selepas dia selamat bersalin iaitu dijangka pada Disember depan.
"Sepatutnya saya rancang nak lancarkan koleksi tudung dan kosmetik saya pada tahun ini, tetapi bila dah mengandung ini tak larat pula. Insya-Allah kalau semuanya selamat saya akan lancarkan produk-produk ini tahun depan," ujarnya.
Sementara itu, ditanya tentang persiapan menyambut bayi keduanya itu, Faezah berkata, dia tidak mahu membuat persiapan terlalu awal sebaliknya akan membuat perisapan selepas kandungannya berusia lapan bulan.
"Saya tidak mahu teruja buat persiapan awal-awal kerana tidak mahu apa-apa buruk terjadi. Kalau sudah lapan bulan barulah kami buat persiapan.
"lagi pula sekarang pun kami belum tahu bayi ini lelaki atau perempuan, tapi bagi saya tidak kisah apa pun jantina asalkan dia sihat," katanya.
Faezah yang berkahwin dengan pengarah drama Heykal Hanifah pada September 2012 sudah mempunyai anak perempuan bernama Dealova Heyrinna Heykal yang kini berusia dua tahun.
Selain itu, Faezah turut mempunyai anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Heykal iaitu Luqman Hakim, 15, Sarah, 13, dan Luq Adam yang berusia lima tahun.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: