Monday, August 31, 2015

Rezeki Mia Sarah



Mia Sarah
Mia Sarah
SI cilik ini boleh dikatakan antara kanak-kanak yang sangat beruntung kerana sudah mampu meraih pendapatan sendiri. 

Semakin aktif dalam lakonan, bakatnya itu secara tidak langsung memberi kelebihan untuknya menjejakkan kaki ke luar negara.

Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan berkata, dia sangat bersyukur dengan peluang yang diberikan kepadanya.

“Mia pun tidak sangka pada usia kecil-kecil ini, Mia sudah dapat pergi ke sana sini disebabkan berlakon.

“Paling seronok pengalaman Mia berlakon dalam drama komedi Strawberi dan Karipap apabila dapat ke Australia,” katanya kepada Zass ketika ditemui, baru-baru ini.

Namun pelakon yang bijak berkata-kata ini mengingatkan yang dirinya tidak pernah sesekali berasa bangga atau sombong dengan perkara itu.

“Jangan pula ingat, apabila Mia dapat pergi ke sana sini itu, Mia ni dah berlagak pula dengan orang lain.

“Mia rasa bersyukur sahaja dan mungkin ini rezeki Mia,” katanya yang punyai pengalaman indah tersendiri apabila berkesempatan ke negara Kanggaru itu.

Mengulas pula berkenaan kehadiran ramai pelakon kanak-kanak baharu yang seusia dengannya kini sama ada mewujudkan persaingan padanya, pelakon berusia 10 tahun ini berkata, perkara itu tidak mendatangkan masalah kepadanya.

“Mia ok sahaja sebab kalau ada ramai pelakon baru, lagi banyak kawan Mia. 

“Mia juga tidak merasakan kehadiran mereka itu satu persaingan bagi Mia,” katanya.

Anak ketiga daripada empat beradik ini juga turut berkongsi ceritanya ketika di sekolah yang kini dilaluinya seperti murid sekolah lain.

"Pada awal-awal sekolah dahulu adalah kawan-kawan ejek Mia bila berlakon, tetapi Mia anggap itu perkara biasa sahaja yang cuma gurauan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: