Sunday, August 30, 2015

Penyerang Antarabangsa Sepanyol Fernando Llorente Sertai Sevilla




Fernando Llorente yang berusia 30 tahun kini kembali ke Sepanyol bersama kelab Sevilla.
PENYERANG antarabangsa Sepanyol, Fernando Llorente mengesahkan yang beliau akan menyertai juara Liga Europa, Sevilla selepas dua tahun bersama juara Serie A, Juventus.

Pemain berusia 30 tahun itu suatu ketika dahulu pernah dianggap sebagai penyerang paling digeruni ketika dia bersama Athletic Bilbao selama lapan tahun.

Dia kini akan menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Sevilla.

Llorente telah menjaringkan 11 gol dalam 30 perlawanan liga bersama Juventus musim lalu untuk membantu mereka muncul juara liga dan Coppa Italia termasuk muncul naib juara Liga Juara-Juara Eropah. 

Dia sebenarnya masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun lagi bersama Juventus tetapi dengan ketibaan penyerang baru Mario Mandzukic, Paulo Dybala dan Simone Zaza dengan sendirinya bermakna Llorente menjadi penyerang pilihan keempat.
REKOD KARIER LLORENTE:
TAHUNPASUKANPERMAINAN GOL
2003–2004Baskonia33(12)
2004–2005Bilbao Athletic16(4)
2005–2013Athletic Bilbao262(85)
2013–2015Juventus66(23)
2015–Sevilla0(0)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: