Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 34, berkata, laporan tersebut tidak sepatutnya dipaparkan sedemikian semata-mata mahu mendapatkan rating tinggi sedangkan dia masih sihat daripada sebarang penyakit.
"Saya terkilan dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu semata-mata mahu menaikkan rating blog.
"Bagaimanapun saya tidak mahu mengambil serius terhadap laporan tersebut memandangkan ia sering terjadi kepada mana-mana selebriti.
Pada malam Khamis lalu, sebuah artikel kononnya Adi Putra dimasukkan ke hospital akibat penyakit kanser menjadi viral di beberapa media sosial.
Perkara itu membuatkan Adi memuat naik paparan skrin artikel berkenaan di akaun Instagram miliknya sambil meluahkan rasa terkilan terhadap berita yang tersebar itu.
Sementara itu, Adi berkata, berita tersebut mungkin boleh mengelirukan orang ramai sedangkan dia baru sahaja dilantik sebagai penaung Pertubuhan Kebajikan ‘Johor I Care’ negeri Johor.
"Risau juga orang keliru, tetapi saya ambil perkara ini lebih positif untuk menyebarkan informasi mengenai kesedaran penyakit kanser.
"Penghidap kanser memerlukan sokongan orang sekeliling terutama keluarga. Mereka bukan saja memerlukan kekuatan dalaman untuk sembuh, malah perhatian daripada senya pihak," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: