Thursday, August 27, 2015

Kim Gura Bercerai Selepas 18 Tahun Kahwin




Kim Gura
KHABAR mengejutkan datang daripada Kim Gura apabila pengacara dan pelawak popular Korea Selatan itu mengumumkan akan bercerai dengan isterinya, Lee.

Menurut laporan portal Soompi, lelaki berusia 44 tahun itu bercerai selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu dia mempunyai seorang anak bernama Kim Dong Hyun.

"Walaupun pengumuman ini adalah masalah peribadi, tetapi saya mahu memberitahu kepada semua mengenai status perkahwinan saya agar tiada kekeliruan pada masa akan datang.

"Saya dan isteri baru sedar bahawa terdapat perbezaan di antara kami. Bagaimanapun kami tetap akan berhubung demi anak kami, Dong Hyun," kata Kim menerusi sebuah agensi.

Sebelum ini Lee dilaporkan mempunyai masalah kewangan melibatkan jutaan ringgit sehinggakan Kim terpaksa membantu menyelesaikan masalah itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: