PUTRAJAYA: Keputusan sama ada Lions XII kekal menyertai Liga Malaysia (Liga M) musim depan, bukan masalah besar kerana ia tidak akan membantu memajukan bola sepak negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
"Ia tidak penting untuk saya. Pasukan kita masih macam itu juga," katanya mengulas laporan mengenai perbincangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) berhubung sama ada Lions XII kekal dalam Liga M.
Lions XII mula beraksi dalam Liga M pada musim 2012 dengan pencapaian terbaiknya menjuarai Liga Super pada 2013 dan Piala FA musim ini.
Perjanjian antara FAM dan FAS untuk membenarkan skuad masing-masing menyertai liga tempatan mereka sebagai pasukan jemputan akan tamat tahun ini.
Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pentauliahan Tahap Emas Peringkat Kebangsaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di sini, Khamis.
Mengenai pemilihan chef-de-mission (CDM) kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Khairy berkata beliau tiada cadangan khusus mengenai calon yang akan menggalas tanggungjawab itu.
"Saya tak ada keutamaan. Bekas atlet boleh dipertimbangkan kalau ada calon yang sesuai di kalangan mereka," katanya.
CDM Olimpik 2016 dilaporkan akan diumumkan pada September ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: