PETALING JAYA: Karya arahan terbaharu pengarah Mamat Khalid iaitu Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium membawa mesej berguna apabila menyuntik elemen sejarah menerusi genre komedi.
Pengarahnya, Mamat Khalid berkata, muzium dipilih sebagai latar kerana lokasi berkenaan banyak menyimpan khazanah yang kebanyakannya tidak diketahui umum.
"Ia sebuah filem komedi ringan tetapi disebalik itu ia sarat dengan maklumat sejarah yang mungkin sudah dilupakan oleh masyarakat.
"Sejarah tidak sepatutnya mati atau dilupakan dan menjadi hasrat kami untuk mengangkat kembali minat masyarakat terhadap filem seumpama itu tetapi dalam genre komedi," katanya kepada mStar Online.
Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium terbitan Mountingboard Productions dan diedarkan oleh Pencil Pictures and Records diarahkan oleh Mamat Khalid itu bakal dimenemui penonton dipawagam bermula 3 September depan.

Mamat Khalid.
Ia membariskan pelakon seperti Ucop Wilcha, Nasir Bilal Khan, Namron, Elizabeth Tan dan Hitler Azmi.
Dalam pada itu, Mamat berkata, selain elemen sejarah dan komedi, filem dari idea asal dan skrip oleh Usop Wilcha itu turut menggabungkan elemen politik, intelektual, suspen dan seram.
Kata Mamat, kesemua elemen tersebut menghidupkan lagi plot dan penceritaan bagi memberi tambah nilai kepada penonton terhadap karya yang memasukkan elemen sejarah.
"Sejarah itu penting tetapi untuk memastikan ia dapat menarik minat penonton suntikan terhadap elemen lain perlu bagi menjadikan ia sebuah karya lengkap agar mampu memberi maklumat selain menghiburkan," katanya.
Ucop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium menelan kos sebanyak RM2 juta dan menjalani penggambaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Muzium Pendidikan UPSI, Tanjung Malim, Perak.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: