Juliana atau nama sebenarnya, Juliana Sophie Johari Evans, 26, berkata, dia hadir menyaksikan perlawanan tersebut hanya untuk memberi sokongan kepada beberapa kawan baik dalam pasukan itu.
"Ya, saya ada beberapa kali menonton perlawanan bola sepak JDT di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos kerana bagi memberi sokongan kepada kawan baik saya, isteri kepada Syafiq Rahim iaitu Zandra Aziela.
"Selain itu, ada juga beberapa pemain JDT yang saya rapat seperti Izham Tarmizi dan Nazrin Nawi. Kami sering lepak bersama kalau mereka ada perlawanan di Kuala Lumpur," ujarnya ketika ditemui pada sidang media Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!!, di restoran Subak, di sini, Rabu.
Juliana Evans sering kelihatan di perlawanan JDT.
Juliana diminta mengulas khabar angin kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak kerana sering kelihatan di perlawanan-perlawanan pasukan JDT.
Dia hadir di perlawanan pasukan tersebut yang diadakan di Johor Baru, baru-baru ini kerana dalam perjalanan ke Singapura.
"Saya pergi ke stadium itu kerana saya ingin ke Singapura dan ketika itu ada perlawanan, jadi saya singgah untuk menonton dan beri sokongan kepada mereka.
"Setakat ini, memang saya tidak bercinta dengan mana-mana pemain bola sepak pun, semuanya saya anggap seperti kawan," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Juliana berkata, dia mempunyai rancangan untuk menyambung kembali pengajiannya di peringkat lebih tinggi di luar negara.
Bagaimanapun, dia masih mencari masa yang sesuai terutamanya selepas keadaan ekonomi stabil.
"Ada perancangan untuk sambung pengajian semula tapi tidaklah dalam masa terdekat ini. Lagi pula duit kita sedang jatuh dan saya pun tidak mahu tergesa-gesa," ujarnya yang sebelum ini pernah belajar di Amerika Syarikat.
Sementara itu, Juliana mengakui teruja bakal memeggang watak Taylor Marie Smith dalam telefilem Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!! yang bakal bersiaran pada 5 September ini di Astro Prima dan Astro TVIQ.
Dalam telefilem tersebut dia bakal bergandingan dengan beberapa pelakon yang sebelum ini belum pernah bekerjasama.
Antara pelakon lain yang terlibat adalah Abam Bocey, Jihan Musa, Zain Saidin, Tiz Zaqyah, Nadiya Nisaa dan Juzzthin.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: