Saturday, August 29, 2015

Malaysia Airlines Dapat Sijil Pengendali Udara




KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) menerima Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu mengoperasi penerbangannya sebagai MAB pada 1 September, 2015.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata dengan AOC itu, Malaysian Airline Systems Bhd (MAS) kini boleh menumpukan kepada peralihan kepada MAB, syarikat penerbangan nasional baharu. 

Bakal Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Christoph Mueller berkata AOC itumerupakan bukti kepada semua kakitangan di MAS yang bekerja kerja untuk memenuhi semua keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh DCA.  

Untuk layak mendapatkan AOC itu, MAB berkata, ia perlu menjalani aktiviti audit selama berbulan-bulan yang termasuk kebolehpercayaan operasi penerbangan syarikat penerbangan itu, penyenggaraan pesawat serta pematuhan kawal selia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: