Sunday, August 30, 2015

Olahraga Dunia IAAF: Farah Tenang Rangkul Emas Acara 5,000 Meter




MO Farah menambah koleksi pingat emas apabila menjuarai perlumbaan 5,000 meter pada saingan akhir Kejohanan Olahraga Dunia IAAF yang berlangsung di Beijing pada Sabtu.

Biarpun musim ini dianggap setelah jurulatihnya Alberto Salazar dikaitkan dengan skandal doping, Farah tetap konsisten untuk merangkul emas kedua di Stadium Nasional selepas turut cemerlang dalam acara 10,000m sebelum ini.

Malah Farah,32,  yang turut meraih emas berganda pada Sukan Olimpik 2012 membuktikan dirinya sebagai 'raja' dalam kedua-dua acara kegemarannya ini.

Dalam acara akhir tersebut, Farah tenang membuka langkah dan berada di tempat kedua ketika perlumbaan berbaki dua pusingan.

Namun dia berjaya melintas pelumba Kenya, Caleb Ndiku ketika melepasi garisan penamat.

Farah mencatat 13:50.38s, manakala Ndiku merekodkan masa 13:51.75 dan tempat ketiga dimenangi pelumba Ethiopia, Hagos Gebrhiwet, 13:51.86.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: