Friday, August 28, 2015

Kejadian Kren Tumbang Tidak Berlaku Di Tapak Pembinaan MRT




KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menafikan kejadian kren tumbang di Persiaran Bandar Utama, Damansara dekat sini, pagi Khamis, berlaku di tapak pembinaannya. 
Pengarah Operasi dan Pengurusan Aset MRT Corp, Mahmood Abdul Razak berkata, kejadian pada 9.30 pagi tadi itu, berlaku di sebuah tapak pembinaan berhampiran tapak MRT di Bandar Utama.
"Kami juga telah dimaklumkan mangsa telah berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian dan kami berdoa beliau akan pulih secepat mungkin," menurut MRT Corp dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki warga Indonesia dilaporkan cedera ringan dan insiden berkenaan menjadi viral di media sosial yang mendakwa kejadian berlaku di tapak pembinaan MRT.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: