ADIDAS dan Manchester United pada Khamis memperkenalkan jersi ketiga serba hitam yang akan digunakan secara alternatif oleh kelab Liga Perdana Inggeris itu bagi musim ini.
Jersi ketiga ini dihiasi dengan tiga jalur berwarna oren kemerah-merahan juga corak grafik yang tenggelam.
Menurut laman web rasmi Manchester United, jersi ketiga ini akan digunakan sebahagian besarnya pada perlawanan di tempat lawan pada kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
Jersi baru ketiga ini sudah mula dijual di Megastore Old Trafford dan boleh ditempah menerusi adidas.co.uk/manchester_united and store.manutd.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: