Friday, August 28, 2015

Kualiti Udara Sederhana Pagi Ini




KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara sederhana pagi ini dan tiada kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Jumaat, 37 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala 11 yang lain merekodkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU sederhana dicatatkan antara lain di dua kawasan di ibu negara iaitu Batu Muda (64) dan Cheras (56) selain di Putrajaya (60).

Perkara sama direkodkan di Selangor seperti Banting (65), Kuala Selangor (73), Pelabuhan Kelang (83), Petaling Jaya (61) dan Shah Alam (71).

Bacaan sederhana turut dicatatkan di kebanyakan kawasan di Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik; 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: