Monday, August 31, 2015

Indah Ruhaila Idam Berlakon Teater




Indah Ruhaila
PETALING JAYA: Penyanyi Indah Ruhaila memberitahu bahawa dia menyimpan impian untuk mencuba bakat dan mengembangkan kerjaya seninya dalam bidang lakonan teater.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 27, berkata, lakonan teater dapat membantunya dari segi nyanyian dan memberi ekspresi lebih baik ketika persembahan.

"Saya teringin nak berlakon teater muzikal kerana teater dapat membantu saya menyanyi dan ekpresi muka dengan lebih baik ketika membuat persembahan,

"Saya lihat kawan saya Aisyah Aziz pun sudah memulakan langkah untuk terlibat di pentas teater di Singapura," ujarnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Indah berkata, kurang keyakinan diri membuatkan dia belum berani untuk menerima sebarang tawaran berlakon di pentas tersebut.

Kata Indah, dia pernah menolak tawaran berlakon teater P.Ramlee The Musical kerana rasa kurang yakin.

"Aisyah seorang yang cepat belajar dan saya pula sentiasa rasa tidak yakin untuk memulakan sesuatu bidang yang saya tiada pengalaman.

"Saya pernah ditawarkan terlibat dalam teater muzikal P.Ramlee The Musical, namun terpaksa tolak sebab saya tak yakin boleh buat. Saya tidak mahu ketika saya belajar berlakon itu akan menjejaskan masa latihan orang lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Indah berkata dia kini dalma proses mempromosikan dua single baharunya berjudul Cerita Cinta Kita dan Disebalik Takdir.

Indah berharap lagu tersebut diterima oleh masyarakat dan mengikut prestasi laguPercayalah yang berjaya bertanding di Anugerah Juara Lagu.

"Alhamdulillah, tahun ini saya keluar dengan dua single iaitu bersama Ewal berjudul Cerita Cinta Kita dan Disebalik Takdir.

"Saya harap kedua-dua lagu ini diterima masyarakat dan mengikut jejak langkah laguPercayalah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: