GUATEMALA CITY: Tujuh mayat banduan dalam penjara ditemui dalam tong sampah dengan keadaan yang menunjukkan mereka diseksa, kata pihak berkuasa pada Rabu.
Berdasarkan laporan AFP, pegawai di Penjara El Boqueron menemui kesemua mayat itu yang menempatkan banduan dari Mara Salvatrucha, salah satu geng dadah yang didakwa mencetuskan keganasan di negara berkenaan.
Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.
Siasatan dibuat bagi mengenal pasti sama ada mereka dibunuh dalam pergaduhan di antara kumpulan berkenaan.
Pada 8 Ogos lalu, tiga banduan lain ditemui mati di penjara yang sama di bandar Cuilapa.
Keadaan mayat mereka juga menunjukkan kesan diseksa.
Penjara berkenaan menempatkan 521 banduan termasuk 286 dari geng Mara Salvatrucha, dengan ahlinya dikenali dengan tatu di seluruh badan.
Pergaduhan di antara geng dadah didakwa menjadikan negara berkenaan sebagai salah satu negara paling ganas di dunia.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: