Monday, August 31, 2015

Southampton Benam Norwich 3-0, Catat Kemenangan Sulung




SOUTHAMPTON mencatat kemenangan mudah 3-0 ke atas Norwich pada aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung Ahad malam.

Stadium St Mary menjadi saksi kemenangan pertama skuad bimbingan Ronald Koeman musim ini apabila Pelle merakam gol awal perlawanan pada minit akhir separuh masa pertama.

Permainan kedua-dua pasukan berubah setelah pemain pertahanan Norwich, Steven Whittaker diarah keluar padang pada minit ke-30 oleh pengadil Jon Moss selepas mengumpul dua kad kuning.

Pada babak kedua, skuad pelawat yang dibimbing Alex Neil itu semakin kucar-kacir dengan serangan Southampton yang mencari peluang gol.

Dusan Tadic yang mengalami masalah keletihan sebelum ini tampil bertenaga apabila berjaya meledak dua gol pada minit ke-64 dan 67' seterusnya kekal dengan tiga jaringan sehingga wisel penamat.

Senarai pemain:

Southampton: Stekelenburg, Cedric,Fonte, Yoshida, Targett, Romeu,S Davis (Rodriguez); Ward-Prowse, Tadić, Mané (Juanmi 80); Pellè

Norwich: Ruddy,Whittake, Martin, Bassong, Brady,Redmond, Tettey, Dorrans (Johnson), Howson; Hoolahan (Wisdom), Jerome (Hoope).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: