Saturday, August 29, 2015

Angelina Jolie & Brad Pitt Cari Rumah Di London




Pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt
PASANGAN selebriti Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan sedang mencari kediaman baharu di London, United Kingdom.

Menurut laporan aceshowbiz.com, Jolie dan Pitt dikatakan pernah berminat pada sebuah kediaman bernilai RM164juta (AS$38juta) ketika kunjungan mereka pada Jun lalu.

Bagaimanapun pasangan itu belum membuat sebarang bayaran awal bagi jual beli kediaman tersebut.

"Mereka benar-benar mahu mencari rumah di sekitar London memandangkan Jolie mahu menjinakkan diri di bidang politik pula," kata sumber.

Difahamkan, Jolie dan Pitt tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan tersebut kerana risau jika perancangan yang dibuat tidak menjadi.

Sehingga kini, pasangan tersebut mempunyai sebuah kediaman di Perancis dan sedang mencari pembeli bagi rumah mereka di New Jersey.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: