Monday, August 31, 2015

Lagu 'Only You' Nyanyian miss A Paling Banyak Dimuat Turun




KUMPULAN miss A menerusi single berjudul Only You berjaya menjadi lagu terlaris sepanjang tahun 2015.
Sejak dilancarkan pada Mac lalu, Only You berjaya menduduki tangga pertama carta-carta lagu Korea Selatan. Kini, miss A kembali membuktikan populariti mereka apabila menjadi lagu paling banyak di muat turun secara online.

Lagu Only You telah dimuat turun sebanyak lebih sejuta kali di salah satu laman web muzik negara itu.

Sementara itu, kumpulan popular Sister berjaya menduduki tempat kedua dengan lagu mereka Shake It. Manakala EXID menduduki tempat ketiga dengan jumlah 800,000 dimuat turun.

Dalam pada itu, AOA, Mamamoo, Red Velvet dan G-Friend berada di tangga seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: