Sunday, August 30, 2015

Kasihan Chicharito, Manchester United Kata Boleh Hijrah Ke Kelab Lain




Karier Chicharito bersama United kini sudah berakhir.
> Javier Hernandez atau lebih dikenali dengan panggilan Chicharito dibenarkan berpindah
> Bayer Leverkusen kini muncul sebagai pembida utama
> Louis van Gaal percaya dia memiliki penyerang yang cukup untuk musim ini
> Leverkusen yang layak ke Liga Juara-Juara Eropah memerlukan penyerang yang berpengalaman
HARI-HARI terakhir Javier Hernandez di Manchester United telah tiba dan dalam tempoh 24 jam ini, penyerang dari Mexico itu sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Old Trafford dan memulakan kehidupan baru di sebuah negara baru.
United yang membelinya enam tahun lalu sejurus sebelum Piala Dunia 2010 telah memaklumkan yang dia boleh meninggalkan kelab itu jika ada pembida meletakkan harga yang munasabah.
Mereka sedang menunggu Bayer Leverkusen melakukan bidaan rasmi untuk membawa pemain itu ke Bundesliga.
Pintu perpindahan untuk musim ini akan ditutup secara rasmi Selasa depan.
Leverkusen, sepertimana United turut layak ke persaingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah tumpas 3-0 di tangan pendahulu liga Bayern Munich pada Sabtu dan ini menguatkan lagi keazaman mereka untuk memperkukuhkan barisan serangan.
Mereka telah diundi untuk berada di dalam kumpulan bersama-sama Barcelona, Roma dan Bate Borisov.
Kelab Jerman itu telah pun menyatakan minat ke atas penyerang berusia 27 tahun itu tetapi masih belum membuat bidaan rasmi.
Chicharito yang bermain secara pinjaman bersama Real Madrid musim lalu kecewa selepas khidmatnya tidak disambut oleh kelab Sepanyol itu musim ini walaupun dia telah bermain dengan cemerlang dengan mereka.
Selepas kembali bersama United musim ini, Chicharito sekali lagi mendapati dia banyak memanaskan bangku simpanan tidak sepertimana ketika dia dibawah kendalian Sir Alex Ferguson dahulu.
Chicharito bagaimanapun diturunkan pada perlawanan pra-kelayakan Liga Juara-Juara Eropah menentang Club Brugge Rabu lalu. Dia terlepas peluang menjaringkan gol pertamanya musim ini apabila tergelincir ketika mengambil sepakan penalti. United menang 4-0 dalam perlawanan tersebut.
Chicharito memulakan karier profesionalnya pada tahun 2006 mewakili juara Mexico Guadalajara sebanyak 64 kali dan menjaringkan 26 gol. Kelincahannya mencuri perhatian Ferguson yang membelinya sejuru sebelum Piala Dunia 2010 bermula.
Keseluruhannya dia telah bermain sebanyak 103 kali untuk United dengan menjaringkan 37 gol.
Musim lalu dia dipinjamkan kepada Real Madrid dan diturunkan sebanyak 23 kali dan menjaringkan tujuh gol untuk kelab tersebut.
Dia juga adalah pemain antarabangsa Mexico, mewakili negaranya sebanyak 74 kali dan menjaringkan 40 gol sehingga kini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: