UMUM mengetahui pelakon dan pengacara Yatt Hamzah sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, Rabu lalu.
Meskipun sebelum ini empunya nama Haryati Hamzah ini pernah berusaha menyelamatkan rumah tangganya, namun siapa sangka ia tidak mampu bertahan seperti yang diharapkan.
Mengulas ringkas mengenai perpisahan mereka, akui Yatt dia reda hubungan yang terjalin sejak enam tahun lalu itu tidak dapat diselamatkan.
“Kalau boleh saya tidak mahu semua ini terjadi. Tetapi sudah ketentuan Tuhan, rumah tangga kami gagal diselamatkan.
“Mungkin ini yang terbaik buat kami sekarang, Alhamdulillah saya terima semuanya dengan tenang,” kata wanita berusia 35 tahun ini.
Dalam pada itu, Yatt juga tidak mahu memandang ke belakang dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.
“Setakat ini kami masih berkawan baik walaupun gelaran suami isteri sudah tiada.
“Saya minta semua doakan kami kuat dan tabah berhadapan perkara ini,” katanya.
Berkongsi perihal anak mereka, Suci Hanania Malika, 5, jelas Yatt, mereka tidak punya sebarang masalah menjaganya.
“Tidak wujud isu berebut anak dan lain-lain. Giliran menjaga anak sudah kami bincangkan. Malah kami juga berjanji akan lakukan yang terbaik untuknya,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: