- Azimat yang mudah didapati di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU – Biarpun jelas syirik dan tergolong dalam dosa besar, namun masih ada segelintir yang percaya dengan kehebatan tangkal dan azimat.
Tinjauan Sinar Harian di Pasar Besar Kedai Payang, di sini mendapati tangkal atau azimat begitu mudah diperoleh kerana ia dijual secara terbuka di kaki lima pasar berkenaan.
Hasil temu bual dengan seorang lelaki yang sedang menjual batu permata di pasar itu memberitahu, kebiasaannya pelanggan yang datang membeli azimat adalah mereka yang terbabit dalam perniagaan.
“Pelanggan biasanya akan terus datang dan tanya harga apabila mereka melihat azimat ini.
"Saya tidak perlu menceritakan kebaikan atau kelebihan sesuatu azimat yang dipamerkan kerana mereka seakan sudah mahir dengan cara dan penggunaannya," katanya yang hanya mahu dikenal sebagai Salleh.
Hairan dengan situasi yang dialaminya itu, adakalanya Salleh bertanya kepada pembeli azimat yang dijual mengapa mereka memerlukan barangan itu.
"Selalunya mereka beritahu saya, azimat itu digunakan sebagai pelaris untuk perniagaan yang diusahakan," katanya.
Menurut Salleh yang berusia 50-an, azimat dijual dengan harga dari RM75 hingga lebih RM200 itu, didapati dari luar Terengganu.
Anggap bukan benda mengarut
Apabila ditanya berhubung amalan syirik kerana menjual azimat, dia mendakwa ia tidak salah kerana azimat yang dijual menggunakan ayat suci al-Quran malah ada pantang larangnya.
“Azimat ini kena letak di tempat yang tinggi dan tidak boleh dilangkah.
"Biasanya pelanggan letak atas meja dekat kaunter atau rak. Kalau digunakan dalam kereta pula, mereka perlu memastikan tempat itu tidak dilangkah," katanya.
Kata Salleh, azimat yang dijual tidak menggunakan pengaruh jin, tetapi ayat suci al-Quran.
“Azimat ini mana ada jin? Semuanya guna ayat suci al-Quran. Bukan ada benda-benda mengarut. Sebagai umat Islam kita jangan terlalu bergantung kepada azimat semata-mata,” katanya.
Dibeli orang kenamaan

Sementara itu, seorang penjual ubat-ubatan sunnah dikenal sebagai Razaiman berkata, fosil bio tenaga yang dijual bernilai RM1,500 hasil gabungan bahan yang diambil daripada bahagian atas bahtera Nabi Nuh AS di Bukit Al Judi, Ararat, Turki, adalah paling laris.
“Kebanyakan fosil yang dijual ini dibeli oleh golongan atasan, termasuk mereka yang bergelar tan sri dan datuk, untuk meningkatkan aura zahir dan batin.
“Fosil ini amat terhad kerana seluruh dunia mahukannya dan agak sukar dibawa masuk ke negara ini dalam kuantiti yang banyak," katanya.
Katanya, barangan yang dijual itu boleh didapati pada masa tertentu sahaja kerana sangat terhad dan prosesnya yang memakan masa.
Menurut Razaiman, sebelum dijual, fosil itu akan diuji terlebih dahulu dari segi aura atau tenaga yang ada di dalamnya dengan menggunakan alat khas yang sering digunakan oleh pengamal perubatan.
“Alat itu seperti pen penguji. Apabila diletakkan di atas fosil, jika ia menyala, menunjukkan fosil itu berfungsi dan baru boleh jual.
"Fosil ini juga sesuai bagi hilangkan penyakit sihir dan untuk jadi pelindung diri,” katanya.
Perlu bertaubat
Pengamal perubatan Islam yang hanya mahu dikenal sebagai Ustaz Faizal mendakwa dia dapat mengesan sesuatu penyakit hanya dengan membaca ayat suci al-Quran dan tidak pernah menggunakan tangkal, azimat atau jin dalam perubatannya.
“Biasanya pesakit saya disuruh minum air yang telah dibacakan ayat suci dan sekiranya ada perkara buruk berlaku kepada pesakit seperti muntah darah dan sebagainya, saya dapat tahu punca dan sebabnya.
“Tetapi bukan semua pesakit yang saya rawat boleh sembuh. Semuanya dengan izin ALLAH SWT dan dalam perubatan ini saya akan gunakan air yang telah diproses berasaskan makanan sunnah, termasuk menambah beberapa bahan lain yang mempunyai khasiatnya tersendiri,” katanya.
Pesakit juga diberi nasihat supaya mengamalkan ayat al-Quran tertentu, perlu yakin apabila mengamalkan bacaan itu serta wajib melakukannya secara istiqamah.
Bercerita mengenai penggunaan jin atau azimat dalam perubatan, Ustaz Faisal berkata, amalan itu jelas dilihat sebagai amalan syirik dan mereka yang mengamalkannya patut bertaubat.
"Dalam Islam sendiri, Rasulullah SAW bersabda, Hendaklah kamu menggunakan dua perkara untuk penyembuh, iaitu al-Quran dan madu lebah," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: