- Madu yang dihasilkan dibotolkan dalam dua saiz sebelum dijual kepada pelanggan.
HULU TERENGGANU - Biarpun mempunyai diploma Kejuruteraan Elektronik daripada Politeknik Kuala Terengganu, seorang belia memilih untuk terjun ke bidang ternakan dengan mengusahakan lebah kelulut di Kampung Padang Tara, di sini.
Mohd Fakrullah Mohd Apandi, 24, kini mampu tersenyum lebar setelah ternakan yang diusahakan bermula sekitar 2010 menunjukkan perkembangan membanggakan.
Berkongsi kisah, anak kedua daripada lima beradik bagi pasangan Mohd Apandi Sidek, 53, dan Hasmah Mat Ali, 53, itu berkata, walaupun peringkat awalnya dia tidak mempunyai minat, namun segalanya berubah setelah saban hari dia berjinak dengan kelulut.
“Sebelum ini saya langsung tak ada pengetahuan atau pengalaman berkaitan ternakan lebah kelulut, tapi hasil idea ayah dan sokongannya berikan saya semangat.
"Rakan sekerja ayah yang juga kakitangan Mardi juga banyak membantu pada peringkat permulaan," katanya.
Ternak di sekeliling rumah
Mohd Fakrullah berkata, berbekalkan RM500 suntikan modal daripada ayahnya, dia mula mengorak langkah dengan hanya mengusahakan sekotak koloni atau sarang di hadapan rumah.
Dia juga membuat sendiri sarang kelulut menggunakan kayu sebagai salah satu cara menjimatkan kos.
“Secara beransur-ansur bilangan koloni ditambah dan sehingga kini ada 80 kotak koloni yang ditempatkan bukan sahaja di sekeliling rumah saya, tetapi di rumah penduduk lain di kampung ini yang sudi membantu saya dari aspek lokasi," katanya.
Sejak menceburkan diri dalam bidang tersebut, Mohd Fakrullah mengakui kehidupannya sudah berubah kerana selain menguruskan ternakan, dia juga perlu menambah pengetahuan dalam pelbagai perkara berkaitan bagi memastikan usaha dilakukan membuahkan hasil.
Hasrat komersialkan hasil
Memandangkan masih baru, hasil madu lebah kelulut berkenaan hanya dipasarkan kepada kenalan dan penduduk kampung yang sering bertandang ke rumahnya.
“Buat masa ini, saya hanya botolkan madu dalam dua saiz dengan harga RM60 bagi 220 gram dan RM80 untuk 320 gram.
"Biasanya madu diambil sekitar dua bulan sekali daripada koloni, tapi secara purata kira-kira dua kilogram sebulan madu dapat dikumpulkan," katanya.
Menurutnya, setakat ini permintaan sentiasa ada dan memang menjadi hasratnya untuk memasarkan madu berkenaan secara komersial, namun dia perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara termasuk aspek pengeluaran bagi memastikan dapat memenuhi permintaan pelanggan.
“Selain hasilkan madu, sasaran saya juga dari aspek pembiakan koloni atau sarang.
"Sokongan padu keluarga khususnya ayah, penduduk kampung sebenarnya banyak membantu saya untuk mencapai ke tahap sekarang walaupun masih baru,” katanya.
Dapat bantuan penduduk kampung
Menyentuh mengenai cabaran dihadapinya, Mohd Fakrullah berkata, selain kekurangan modal, dia juga berdepan situasi kelulut ‘lari’ berikutan kekurangan bunga di sekeliling rumahnya.
“Sejak empat bulan lalu, kira-kira tiga penduduk bersetuju menjadikan kawasan rumah mereka sebagai lokasi untuk menempatkan koloni. Beberapa individu lain juga telah menyatakan persetujuan,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha JKKK Padang Tara, Mohd Rosdan Draman berkata, ternakan lebah kelulut merupakan salah satu produk kampung, sekali gus menjadi identiti bagi kampung berkenaan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: